Posts

Showing posts from 2019

PRESENTATION SLIDE GROUP 6

Image
Ini merupakan slide presentation kami.

BAHAGIAN DI DALAM PRESENTATION

Image
Ini pula merupakan bahagian saya di dalam presentation kami. 4.0 Kaedah kajian Kami telah menggunakan kaedah temubual untuk menjalankan kajian kami. Kaedah temubual adalah penting untuk mendapatkan gambaran tentang pengurusan Pusat Sumber sekolah tersebut. Temu bual juga dibuat bagi mendapat penjelasan lanjut tentang perkara-perkara yang masih kurang jelas atau mengelirukan. Kami telah menemubual seorang cikgu iaitu Cikgu B (bukan nama sebenar) yang merupakan guru Pusat Sumber sekolah tersebut. Soalan-soalan yang telah kami sediakan adalah soalan-soalan berbentuk berstruktur yang bermaksud satu set soalan yang telah disediakan oleh pihak penyelidik terlebih dahulu dan soalan-soalan tersebut akan ditanyakan mengikut urutan. Selain itu, penyelidik tidak akan menambah sebarang soalan tambahan. Soalan-soalan yang disediakan: 1.   Apakah fungsi pusat sumber di sesebuah sekolah? 2.   Apakah contoh bahan-bahan yang boleh diakses di pusat sumber sekolah? 3.   Ap

KAJI SELIDIK PENGURUSAN SUMBER DI SEKOLAH

Apa khabar semua, ini adalah apa yang kumpulan kami dapatan semasa melakukan kaji selidik mengenai pengurusan sumber di sekolah. 1.0 Pendahuluan Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara-negara maju di dunia. Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan, rakyat yang mempunyai potensi dalam segala aspek seperti aspek intelek, rohani dan jasmani juga turut berkembang. Kualiti kehidupan rakyat dapat ditingkatkan sekiranya mereka mempunyai pendidikan yang baik yang membolehkan mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Pada abad ini, kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan dalam sistem pendidikan kita ke arah yang lebih baik. Dalam hal ini, Pusat Sumber Sekolah (PSS) juga tidak terkecuali. Perkembangan yang pesat ini turut mempengaruhi pengurusan dan fungsi Pusat Sumber. Menurut idea Wawasan 2020 yang telah dicetuskan oleh Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir bin Moham

NOTA RINGKAS PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Image
MAKNA PENGURUSAN Pengurusan boleh didefinisikan sebagai: aktiviti yang teratur(sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004). Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins, 1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988). PENGURUSAN SEKOLAH Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengur