BAHAGIAN DI DALAM PRESENTATION

Ini pula merupakan bahagian saya di dalam presentation kami.


4.0 Kaedah kajian
Kami telah menggunakan kaedah temubual untuk menjalankan kajian kami. Kaedah temubual adalah penting untuk mendapatkan gambaran tentang pengurusan Pusat Sumber sekolah tersebut. Temu bual juga dibuat bagi mendapat penjelasan lanjut tentang perkara-perkara yang masih kurang jelas atau mengelirukan. Kami telah menemubual seorang cikgu iaitu Cikgu B (bukan nama sebenar) yang merupakan guru Pusat Sumber sekolah tersebut. Soalan-soalan yang telah kami sediakan adalah soalan-soalan berbentuk berstruktur yang bermaksud satu set soalan yang telah disediakan oleh pihak penyelidik terlebih dahulu dan soalan-soalan tersebut akan ditanyakan mengikut urutan. Selain itu, penyelidik tidak akan menambah sebarang soalan tambahan.

Soalan-soalan yang disediakan:
1.  Apakah fungsi pusat sumber di sesebuah sekolah?
2.  Apakah contoh bahan-bahan yang boleh diakses di pusat sumber sekolah?
3.  Apakah cara penyusunan sumber secara sistematik (sistem fail)?
4. Apakah had jangka masa bahan-bahan diarkib dan cara bahan-bahan di pusat sumber dikemaskini?
5. Selain daripada guru-guru dan para pelajar, siapa lagi mempunyai akses kepada pusat sumber sekolah ini?
6. Bagi sekolah yang tiada pusat sumber, bagaimanakah sekolah tersebut mengurus sumber-sumber yang ada?
7. Sekiranya berlaku kecemasan (seperti banjir atau kebakaran) yang berupaya merosakkan bahan-bahan pusat sumber, apakah langkah kecemasan untuk mengatasi masalah tersebut?
8. Apakah program-program yang dianjurkan pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar menggunakan pusat sumber sebaik mungkin?
9.  Apakah kelebihan pusat sumber sekolah ini?
10. Apakah harapan dan penambahbaikan yang anda harapkan untuk pusat sumber sekolah ini?
           
Di samping itu, kami juga menggunakan kaedah pencarian maklumat melalui internet. Kami menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat tambahan yang boleh digunakan di dalam kajian kami. Melalui kaedah ini juga, kami dapat mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam menulis kajian kami. Maklumat tambahan yang telah kami perolehi melalui kaedah ini amat membantu dalam mengukuhkan lagi dapatan kajian kami.
Catatan lapangan juga dilakukan melalui pemerhatian kami sepanjang kami berada di sekolah tersebut. Kami telah mencatat segala pemerhatian kami di dalam satu kertas untuk menjadi rujukan kajian kami.




Comments

Popular posts from this blog

KAJI SELIDIK PENGURUSAN SUMBER DI SEKOLAH