NOTA RINGKAS PENGURUSAN PEMBELAJARAN
MAKNA PENGURUSAN
- Pengurusan boleh didefinisikan sebagai: aktiviti yang teratur(sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004).
- Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).
- Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins, 1984).
- Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).
PENGURUSAN SEKOLAH
- Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia.
- Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.
PENGURUSAN PEMBELAJARAN DARI PELBAGAI ASPEK
- Tradisional
- Moden
- Barat
- Islam
- Cina
- India
- Pembelajaran Sepanjang Hayat
Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2001), pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk sesebuah sekolah organisasi yang dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia. Namun,menurut Senge (2000), sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, masih konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa.
Francis Brown antara yang mengemukakan pendapat “sosiologi pendidikan memperhatikan pengaruh keseluruhan lingkungan budaya sebagai tempat dan cara individu memperoleh dan mengorganisasi pengalamannya”. Sosiologi pendidikan adalah cara mengendalikan proses pendidikan untuk memperoleh perkembangan keperibadian individu yang lebih baik”.
Jenis sosialisasi terbahagi kepada 3 pertama permulaan berlakunya dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar daripada keluarga atau orang dewasa bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor dan pengakulan serta kemahiran bahasa.
Seterusnya, sekunder (sosiologi penyertaan) merupakan satu proses sosiolisasi rangsangan di luar lengkunagan premier (keluarga) serta proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialiasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan sosial dan ras.
Dalam aspek prinsip pembelajaran, latihan adalah amat penting kerana murid dapat mengaplikasi apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru. Seterusnya, kondusif dapat menyesuaikan suasana pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani.
Bermatlamat kepada pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik dari senang ke susah, dekat kepada jauh. Faktor yang melengkapkan sosialisasi ini temasuklah keluarga, agama, pendidikan, ekonomi dan kerajaan iaitu suasana persekitaran politik.
Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan termasuklah sekolah perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.
Comments
Post a Comment