Apa khabar semua, ini adalah apa yang kumpulan kami dapatan semasa melakukan kaji selidik mengenai pengurusan sumber di sekolah. 1.0 Pendahuluan Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara-negara maju di dunia. Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan, rakyat yang mempunyai potensi dalam segala aspek seperti aspek intelek, rohani dan jasmani juga turut berkembang. Kualiti kehidupan rakyat dapat ditingkatkan sekiranya mereka mempunyai pendidikan yang baik yang membolehkan mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Pada abad ini, kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan dalam sistem pendidikan kita ke arah yang lebih baik. Dalam hal ini, Pusat Sumber Sekolah (PSS) juga tidak terkecuali. Perkembangan yang pesat ini turut mempengaruhi pengurusan dan fungsi Pusat Sumber. Menurut idea Wawasan 2020 yang telah dicetuskan oleh Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir bin Moham