NOTA RINGKAS PENGURUSAN PEMBELAJARAN
MAKNA PENGURUSAN Pengurusan boleh didefinisikan sebagai: aktiviti yang teratur(sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004). Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins, 1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988). PENGURUSAN SEKOLAH Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengur